PROFIL

 

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Polis Kem  pada asalnya terletak di kawasan Kem Polis Hutan dan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) di Batu 27, Jalan Air Hitam-Johor Bahru. Ia dikhaskan kepada anak-anak anggota kedua-dua unit polis yang pada ketika itu ditugaskan untuk menjaga keamanan kawasan ini dari gangguan dan ancaman komunis pada waktu darurat dan mengawal kampung-kampung baru yang dibina di sekitarnya.
Dibuka pada 20.01.1960, terdiri daripada 3 buah berek panjang tanpa bilik yang mengandungi 6 aliran darjah yang dipisahkan dengan sekatan sekerin .Apabila kem ini ditutup kerana anggotanya berpindah ke Simpang Renggam dan tapaknya dijadikan Lapang Sasar menembak bagi anggota Polis dan Rela, kawasan baru telah dikenal pasti dan dibina sekolah baru  di Batu 26 Pekan Kelapa Sawit bagi menampung murid-murid dari kampung-kampung tradisi dan ladang kelapa sawit yang berhampiran. Sekolah baru ini dibuka pada Januari 1982  terdiri dari satu blok bangunan 2 tingkat mengandungi 8 bilik darjah, Pejabat Guru Besar , Pejabat Am, Bilik Guru, Perpustakaan, dan Kantin. Ia dibina di atas kawasan seluas 12 ½ ekar dan kos pembinaannya RM90,000.00.
Kepesatan pembangunan kawasan ini menyebabkan pertambahan bilangan murid. Pada tahun 1986 satu projek gotong-royong yang terdiri dari 4 bilik  darjah dengan kos RM50,000.00 dibina. Pada tahun 1991 satu lagi projek gotong-royong yang terdiri dari 4 bilik darjah  dibina dengan kos RM50,000.00.Kekurangan masih tidak dapat diatasi dan pihak pentadbir memulakan sesi petang sejak tahun 1995 .Dalam Rancangan Malaysia Ke Tujuh satu blok bangunan 4 tingkat dibina pada tahun 1998. Ia mengandungi Bilik-Bilik Khas, Bilik Guru, Bilik Muzik, Bilik Komputer, Bilik Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Perpustakaan, Bilik SPBT, Bilik Mesyuarat , Stor dan 6 buah bilik darjah dan ia mula beroperasi pada Januari 2000.
Bilangan murid kian  bertambah . Tahun 1986 hanya 323, pada tahun 1996 bilangan muridnya menjadi 636 orang dan tahun 2004 seramai 963 orang murid manakala guru 50 orang.
Mulai Januari 2002 sebuah kelas Prasekolah mula dibuka. Pada tahun 2004 sebuah lagi kelas Prasekolah dibuka. Kini jumlah murid seramai 50 orang.
Kini sebuah lagi bangunan blok 4 tingkat telah dibina diatas tapak bangunan blok A bagi menampung pertambahan murid. Bangunan baru ini antara lain menempatkan pejabat pentadbiran, kelas dan makmal sains. Dengan terbinanya bangunan ini, Sk Polis Kem menjadi mercu tanda bagi Kelapa Sawit.

 

LENCANA


WARNA

Merah – Semangat dan kegigihan dikalangan guru dan pelajar dalam Meningkatkan prestasi akadmik dan sahsiah dalam Mencapai Wawasan Pendidikan.
Biru –  Perpaduan dan kerjasama di antara guru dan murid serta masyarakat ke arah pembentukan masyarakat penyayang.
Kuning – Mendidik dan melahirkan murid yang beragama, bermoral, Untuk mendaulatkan bangsa, agama dan negara.

BUKU

Mewujudkan satu generasi yang sentiasa membaca. Dari pembacaan, minda dapat diperkembangkan.

OBOR

Melambangkan semangat berjuang yang tinggi dalam semua bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

GEOMETRI

Pendidikan ke arah perkembangan Sains dan Tekonologi.
354 WORDS
BACK
skpoliskem.wordpress.com
skpoliskem.wordpress.com

PUBLISHED 4 YEARS AGO

Preview

Update
Tags
Featured Image
Page Options
Sharing
More Options